Monday 9 September 2013

Pembunuhan Pertama Kali Dalam Sejarah Manusia

Kematian Habil Anak Adam adalah diyakini sebagai pembunuhan pertama kali dalam sejarah manusia. Dgn telah jatuhnya keputusan dr langit yg menerima qurban Habiel dan menolak qurban Qabiel maka pudarlah harapan Qabiel utk mempersuntingkan Iqlima.Ia tidak puas dgn keputusan itu namun tidak ada jalan utk menolaknya. Ia menyerah dan menerimanya dgn rasa kesal dan marah sambil menaruh dendam terhadap Habiel yg akan dibunuhnya di kala ketiadaan ayahnya.
Ketika Adam hendak berpergian dan meninggalkan rumah beliau mengamanahkan rumahtangga dan keluarga kpd Qabiel. Ia berpesan kpdnya agar menjaga baik-baik ibu dan saudara-saudaranya selama ketiadaannya.Ia berpesan pula agar kerukunan keluarga dan ketenangan rumahtangga terpelihara baik-baik jangan sampai terjadi hal-hal yg mengeruhkan suasana atau merosakkan hubungan kekeluargaan yg sudah akrab dan intim.

Qabiel menerima pesanan dan amanat ayahnya dgn kesanggupan akan berusaha sekuat tenaga menyelenggarakan amanat ayahnya dgn sebaik-baiknya dan sesempurna berpergiannya akan mendapat segala sesuatu dlm keadaan baik dan menyenangkan.Demikianlah kata-kata dan janji yg keluar dari mulut Qabiel namun dalam hatinya ia berkata bahawa ia telah diberi kesempatan yg baik utk melaksanakan niat jahatnya dan melepaskan rasa dendamnya dan dengkinya terhadap Habiel saudaranya.
Tidak lama setelah Adam meninggalkan keluarganya datanglah Qabiel menemui Habiel di tempat penternakannya.Berkata ia kpd Habiel:"Aku datang ke mari utk membunuhmu.Masanya telah tiba utk aku lenyapkan engkau dr atas bumi ini."

"Apa salahku?"tanya Habiel.Dengan asalan apakah engkau hendak membunuhku?"
Qabiel berkata:"Ialah krn qurbanmu diterima oleh Allah sedangkan qurbanku ditolak yg bererti bahawa engkau akan mengahwini adikku Iqlima yg cantik dan molek itu dan aku harus mengahwini adikmu yg buruk dan tidak mempunyai gaya yg menarik itu."
Habiel berkata:"Adakah berdosa aku bahawa Allah telah menerima qurbanku dan menolak qurbanmu?Tidakkah engkau telah bersetuju cara penyelesaian yg diusulkan oleh ayah sebagaimana telah kami laksanakan?Janganlah tergesa-gesa wahai saudaraku, mempertaruhkan hawa nasfu dan ajakan syaitan! Kawallah perasaanmu dan fikirlah masak-masak akan akibat perbuatanmu kelak! Ketahuilah bahawa Allah hanya menerima qurban dr org-org yg bertakwa yg menyerahkan dgn tulus ikhlas dari hati yg suci dan niat yg murni.Adakah mungkin sesekali bahawa qurban yg engkau serahkan itu engkau pilihkannya dari gandummu yg telah rosak dan busuk dan engkau berikan secara terpaksa bertentangan dgn kehendak hatimu, sehingga ditolak oleh Allah, berlainan dgn kambing yg aku serahkan sebagai korban yg sengaja aku pilihkan dari perternakanku yg paling sihat dan kucintai dan ku serahkannya dgn tulus ikhlas disertai permohonan diterimanya oleh Allah.

Renungkanlah, wahai saudaraku kata-kataku ini dan buangkanlah niat jahatmu yg telah dibisikkan kpdmu oleh Iblis itu, musuh yg telah menyebabkan turunnya ayah dan ibu dari syurga dan ketahuilah bahawa jika engkau tetap berkeras kepala hendak membunuhku, tidaklah akan aku angkat tanganku utk membalasmu krn aku takut kpd Allah dan tidak akan melakukan sesuatu yg tidak diredhainya.Aku hanya berserah diri kpd-Nya dan kpd apa yg akan ditakdirkan bagi diriku."
Nasihat dan kata-kata mutiara Habiel itu didengar oleh Qabiel namun masuk telinga kanan keluar telinga kiri dan sekali-kali tidak sampai menyentuh lubuk hatinya yg penuh rasa dengki, dendam dan iri hati sehingga tidak ada tempat lagi bagi rasa damai, cinta dan kasih sayang kpd saudara sekandungnya. Qabiel yg dikendalikan oleh Iblis tidak diberinya kesempatan utk menoleh kebelakang mempertimbangkan kembali tindakan jahat yg dirancangkan terhadap saudaranya, bahkan bila api dendam dan dengkin didlm dadanya mulai akan padam dikipasinya kembali oleh Iblis agar tetap menyala-yala dan ketika Qabiel bingung tidak tahu bagaimana ia harus membunuh Habiel saudaranya, menjelmalah Iblis dgn seekor burung yg dipukul kepalanya dgn batu sampai mati. Contoh yg diberikan oleh Iblis itu diterapkannya atas diri Habiel di kala ia tidur dgn nyenyaknya dan jatuhlah Habiel sebagai kurban keganasan saudara kandungnya sendiri dan sebagai kurban pembunuhan pertama dalam sejarah manusia 

No comments:

Post a Comment